Sunday, September 19, 2010

A new beginning

Assalamualaikum semua.. agak lama saya tidak meng-update blog ini. Bukan apa, tiada idea untuk buat entry baru. Hari ini, tergerak hati mau update blog ni, kongsian pengalaman saya. Okay, dahulunya saya hanya bergelar pelajar sekolah, iaitu di sekolah Maktab Sabah. Sekolah yang banyak mengajar saya sedikit sebanyak erti kehidupan. Di sana juga, saya punya banyak kawan-kawan yang sekepala, baik dan sebagainya. Kini, masa itu telah pun berlalu, masa demi masa, kami di pisahkan dengan hala tuju yang berlainan. Masing-masing punya matlamat sendiri. Alhamdullilah , keputusan SPM saya agak memuaskan. Perasaan syukur dan lega atas usaha saya selama berada di bangku sekolah telah membuahkan hasil. Keputusan yang saya perolehi telah pun mendapatkan saya tempat di UiTM, Kota Kinabalu, Sabah dan mengambil Diploma Perakaunan. Kebanyakkan kawan-kawan dapat tempat di Matrikulasi, UiTM, ada juga sambung form 6, ada juga yang belajar di semenanjung dan sebagainya. Sayu rasa hati bila teringatkan zaman persekolahan dahulu. Sekarang ? Masing-masing ada target masing-masing. Insyaallah, kita semua boleh berjaya, sekurang-kurangnya memegang segulung DIPLOMA dalam tangan.

Cuti hari raya pun dah habis, status kawan-kawan di facebook banyak yang sedih sepertinya tidak mau kembali meneruskan perjuangan. Saya pun tidak kurangnya.. hehehe. bukan tidak mau meneruskan perjuangan, tapi orang kata tinggal di rumah lagi selesa. Di luar sana, banyak cabaran kita perlu hadapi. Memang betul kan? Kita masing-masing punya masalah sendiri, kita sendiri perlu menghadapinya, kan bagus kalau boleh bawa kawan sama-sama rasa apa yang kita rasa kan? tp malangnya, semua itu kita yang rasa. Terpulang dengan kita mcm mana untuk menghadapinya. Bagi saya, saya hanya perlu kuatkan semangat, perlu focus kembali ke landasan yang sepatutnya. Insyaallah...

Baiklah, saya pun tidak mau cerita panjang.. saya berharap kita semua dalam keadaan yang baik. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN dari saya.

"Ya Allah, berikan lah aku kekuatan dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan di luar sana ya Allah"